22,242 kes baharu, rekod tertinggi dicatatkan lagi

22,242 kes baharu, rekod tertinggi dicatatkan lagi

KES baharu harian Covid-19 melonjak naik semula dengan merekodkan jumlah tertinggi setakat ini iaitu 22,242 kes hari ini, menjadikan keseluruhan 1,466,512 kes sejak negara dilanda wabak berkenaan.

Berdasarkan data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di laman Facebooknya, Selangor mencatatkan 6,858 kes (530,971 kes kumulatif), diikuti Sabah 2,413 kes (111,346 kes kumulatif).

Dua negeri merekodkan hampir 2,000 kes iaitu Pulau Pinang 1,867 kes (64,704 kes kumulatif) dan Kedah 1,852 kes (73,939 kes kumulatif).

Lima lagi negeri mencatatkan jumlah kes harian lebih 1,000 kes iaitu Kuala Lumpur 1,587 kes (159,211 kes kumulatif), Johor 1,477 kes (115,141 kes kumulatif), Sarawak 1,403 kes (90,810 kes kumulatif), Kelantan 1,351 kes (60,962 kes kumulatif) dan Perak 1,036 kes (53,657 kes kumulatif).

Jumlah kes baharu di Pahang pula adalah 675 kes (35,765 kes kumulatif), diikuti Melaka 579 kes (41,849 kes kumulatif), Negeri Sembilan 577 kes (86,279 kes kumulatif) dan Terengganu 487 kes (25,989 kes kumulatif).

Negeri yang mencatatkan dua angka kes adalah Perlis 50 kes (1,149 kes kumulatif) dan Putrajaya 25 kes (4,990 kes kumulatif), manakala Labuan lima kes baharu direkodkan (9,750 kes kumulatif).

Malaysia sebelum ini mencatatkan trend penurunan kes selama seminggu berturut-turut sejak jumlah tertinggi direkodkan pada 12 Ogos lalu iaitu 21,668 kes, dengan jumlah kes baharu dilaporkan semalam adalah 19,631 kes.

Namun, hari ini sekali lagi mencatatkan rekod jumlah kes harian tertinggi setakat ini. – Malaysiapost

Komen