5 lokaliti dikenakan PKPD

LIMA lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini, membabitkan empat kawasan di Sabah dan satu di Johor.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata PKPD dilaksanakan di lima kawasan berkenaan selepas penelitian pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kawasan di Sabah yang dilaksanakan PKPD adalah di Kampung Tanjung Pagar, Sipitang; Setinggan Kampung Baru Luyang, Penampang; Kampung Padang Tembak, Keningau; dan Kampung, Jawa, Tawau.

“PKPD di Johor dilaksanakan di Ladang Sungai Kahang, Kluang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, PKPD di lima lokaliti terbabit dilaksanakan bermula 20 Ogos hingga 2 September ini.

Sementara itu, beliau berkata bagi kawasan yang ditamatkan PKPD pula adalah membabitkan 12 lokaliti di Kelantan, Perak, Johor dan Sabah. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights