Armada nafi tolak pencalonan Ismail Sabri PM

SAYAP Pemuda Bersatu (Armada) menafi sekeras-kerasnya menolak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri baharu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ketua Armada Wan Ahmad Fayhsal Wan Husin menafikan tidak bersetuju dengan keputusan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mencalonkan Ismail Sabri untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.

“Kenyataan palsu ini sedang giat disebar oleh laskar cyber musuh.

“Hasbunallah wa nikmal wakeel, cukuplah Allah sebagai penolong dan pelindung kami,” katanya.

Terdahulu, tular poster di media sosial yang mendakwa Armada berpendirian calon terbaik untuk menjadi Perdana Menteri baharu ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Malam tadi, pertemuan Majlis Kerja Tertinggi Umno dan Ahli Parlimen BN sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan Ismail Sabri sebagai calon tunggal Perdana Menteri daripada parti itu.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Azalina Othman Said. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights