Bersatu nafi laporan akhbar calon PM komponen PN

BERSATU hari ini menafikan laporan berita mendakwa parti itu akan mengetengahkan calon Perdana Menteri dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN).

Pejabat Setiausaha Agung Bersatu dalam kenyataan menafikan mengeluarkan kenyataan media seperti yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Calon PM diketengahkan Bersatu dalam kalangan komponen PN”.

“Pejabat Setiausaha Bersatumenafikan mengeluarkan kenyataan media seperti yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk “Calon PM diketengahkan Bersatu dalam kalangan komponen PN”.

“Sehubungan itu, pejabat Setiausaha Agung Bersatu juga mengarahkan mana-mana media yang menyiarkan kenyataan tersebut untuk segera menariknya semula bagi mengelakkan tindakan undang-undang,” katanya kenyataan itu.

Terdahulu, tular kenyataan media dengan kepala surat Bersatu yang kononnya dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa Bersatu mempertimbangkan beberapa nama Ahli Parlimen dalam kalangan komponen PN sebagai calon Perdana Menteri. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights