Kerajaan gagal sudah jadi sejarah – Ahmad Maslan
KERAJAAN baharu yang bakal dibentuk dalam masa terdekat ini diharap kerajaan yang terbaik dalam membela nasib rakyat.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaam baharu ini diharap dapat memulihkan negara yang sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.
“Moga selepas ini kerajaan yg dibina adalah kerajaan yang berjaya menjaga agama, kesihatan, ekonomi, sosial, pendidikan dan #PrihatinRakyat
“Moga #KerajaanGagal sudah menjadi sejarah. Moga perpaduan negara dapat dicapai. Jangan zalim kpd rakyat. Tegakkan adil dan benar pada setiap masa,” ciapnya di Twitter.
Terdahulu, Umno telah bersetuju mencalonkan Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.
Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) umno sebulat suara memilih Ismail Sabri sebagai calon tunggul Perdana Menteri untuk dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong, hari ini. – Malaysiapost