Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr David Perera, berkata kadar pengesanan keseluruhan kini mencecah lebih 73 peratus dari 50 peratus yang dilaporkan pada 3 Ogos.
“Bagi Bahagian Kuching sahaja, kadar pengesanan varian Delta adalah kira-kira 90 peratus.
“Varian itu juga terus dikesan di Bau, Lundu, Kota Samarahan, Simunjan, Miri dan Bintulu. Selain itu, kami turut mengesan enam varian Delta di Sibu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sejumlah 249 Varian membimbangkan (VOC) dan Varian mempunyai kepentingan (VOI) dikesan dari 338 kes positif Covid-19 di negeri ini, pada 10 Ogos lalu.
“Dari VOC / VOI itu, 248 adalah Varian Delta (B.1.617.2) manakala satu kes VOI Indonesia yang dikesan di Bintulu,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini, sejumlah 592 VOC / VOI terkumpul dikesan di Sarawak daripada kes positif Covid-19 pada 10 Ogos lalu.
Secara keseluruhannya, sebanyak 521 kes varian Delta dikesan di Sarawak dengan Kuching mencatatkan sebanyak 354 kes, Samarahan (67), Serian (60), Bintulu (16), Sibu (8), Miri (8), Sri Aman (6) dan Betong (1). – Malaysiapost