Malaysia bersama Jepun dalam kumpulan Piala Thomas

MALAYSIA diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, Kanada dan England dalam saingan Piala Thomas 2020 yang dijadualkan berlangsung di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober ini.

Juara bertahan, China pula diundi dalam Kumpulan C bersama India, Belanda dan Tahiti manakala Indonesia, Taiwan, Algeria dan Thailand dalam Kumpulan A. Aksi bagi Kumpulan B bakal menyaksikan persaingan antara Denmark, Korea Selatan, Perancis dan Jerman.

Juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke suku akhir, lapor Berita Harian.

Sementara itu, dalam saingan Piala Uber, skuad wanita negara diundi dalam Kumpulan D bersama China, Denmark dan Kanada.

Jepun yang akan tampil sebagai juara bertahan berada dalam Kumpulan A bersama Indonesia, Jerman dan Perancis manakala Kumpulan B akan menjadi persaingan antara Thailand, India, Sepanyol dan Scotland. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights