PAS sepakat sokong Ismail Sabri PM kesembilan

PAS sepakat sokong Ismail Sabri PM kesembilan

PAS sepakat menyokong Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu telah diputuskan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kita sokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri, semua 18 ahli Parlimen sokongan sepenuhnya dan kita sudah siap SD (akuan bersumpah) dan kita akan hantar kepadaa Agong.

“Kita bincang bersama dan buat keputusan, parti berpendirian dan presiden pun sudah sahkan,” katanya seperti dilaporkan MalaysiGazette selepas mengadakan mesyuarat bersama Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Perkara itu, kata Tuan Ibrahim dizahirkan di hadapan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Datuk Seri Khairuddin Aman Razali.

Semalam, Umno memuktamadkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN) itu menjadi satu-satunya calon sebagai calon Perdana Menteri. – Malaysiapost

Komen