Ahli Parlimen pembangkang tak dipanggil ke istana

AHLI Parlimen Bangi dari DAP, Ong Kian Ming mengesahkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) tidak dipanggil ke Istana Negara hari ini.

Perkara itu dimaklumkan beliau susulan 114 Ahli Parlimen mewakili Umno dan Barisan Nasional (BN), Bersatu, PAS serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijemput hadir ke Istana Negara mulai pagi ini.

Ia dipercayai berkaitan pengesahan sokongan terhadap Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

“Selamat pagi! Sekiranya ada yang tertanya-tanya, tidak, saya dan rakan (PH dan pembangkang) tidak mendapat panggilan untuk ke Istana hari ini,” ciapnya menerusi Twitter.

Terdahulu hari ini, sebahagian Ahli Parlimen tiba di Istana Negara dipercayai berhubung pelantikan Perdana Menteri kesembilan.

Mereka tiba secara berasingan di Pintu 2 Istana Negara dengan menaiki dua bas.

Bas pertama tiba pada jam 10.35 pagi dan diikuti bas kedua pada jam 10.43 pagi tadi. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights