Najib ketuai kumpulan MP BN ke Istana Negara

KUMPULAN pertama ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tiba di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini tiba kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Facebook Barisan Nasional, kumpulan yang menaiki bas itu melalui Pintu 2 Istana Negara sejurus berlepas dari menara Dato’ Onn, PWTC.

Turut kelihatan dalam gambar ialah pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka hadir ke Istana Negara sekitar jam 2 petang nanti. – Malaysiapost

Kredit FB Barisan Nasional

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights