23,564 – Malaysia catat jangkitan tertinggi

MALAYSIA merekodkan jangkitan tertinggi Covid-19 hari ini apabila melaporkan 23,564 kes baharu.

Angka tertinggi itu sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan jangkitan telah pun melepasi 1.5 juta iaitu 1,513,024 kes sejak wabak tersebut melanda negara.

Sebelum ini kes tertinggi ialah pada semalam iaitu 22,948 kes, manakala kelmarin merekodkan 22,242 kes baharu.

Berdasarkan data dikongsi di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, Selangor mencatatkan 6,974 kes diikuti Sabah (2,738) dan Sarawak (2,548).

Kedah mencatatkan 1,932 kes, Kuala Lumpur (1,652), Pulau Pinang (1,523), Johor (1,323), Kelantan (1,281) dan Perak (1,248).

Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 1,000 ialah Melaka (610), Negeri Sembilan (608), Terengganu (521), Pahang (517), Perlis (64), Putrajaya (24) dan cuma satu kes di Labuan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights