517,692 pemberian vaksin Covid-19 semalam
JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 sehingga semalam ialah 29,886,548 dos dengan 17,806,570orang menerima dos pertama dan daripada jumlah itu, 12,079,978 orang telah terima dos kedua.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sebanyak 517,692 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 180,810 dos pertama dan 336,882 dos kedua.
Sementara itu berdasarkan data dan infografik yang dikongsikannya, secara keseluruhan sebanyak 76.1 peratus daripada populasi penduduk Malaysia sudah divaksinasi setakat ini dengan dos pertama, manakala 51.6 peratus lengkap dua dos.
Jumlah penduduk dewasa yang sudah divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos pula adalah 76.1 peratus dan 51.6 peratus lengkap dua dos vaksinasi Covid-19.
Lembah Klang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan pemberian vaksinasi tertinggi iaitu 6,580,589 dos pertama dan 4,695,782 dos kedua. – Malaysiapost