Ismail Sabri beri kenyataan media esok
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob bakal mengeluarkan kenyataan rasmi pertamanya sebagai Perdana Menteri kesembilan esok.
Ahli Parlimen Bera yang diperkenan oleh Yang di Pertuan Agong menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memberi kenyataan media selepas majlis angkat sumpah di Istana Negara, esok.
“Esok, esok (keluarkan kenyataan),” katanya kepada media yang menunggu di pintu masuk ke kediaman Naib Presiden Umno itu di Tropicana Golf Resort, Petaling Jaya, malam tadi.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri Perdana Menteri Malaysia kesembilan.
Pelantikannya selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang. – Malaysiapost