Malaysia terima 200,000 dos vaksin CanSino

Malaysia terima 200,000 dos vaksin CanSino

SEBANYAK 200,000 dos vaksin Covid-19 jenis dos tunggal daripada pembekal CanSino Biologics selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi ciapan di laman Twitter memberitahu, Malaysia telah menempah sebanyak 3.5 juta dos vaksin CanSino yang akan diterima secara berperingkat.

“200,000 dos vaksin CanSino berbentuk ‘finished product’ telah diterima daripada pembekal CanSino Biologics, China hari ini.

“3.5 juta dos vaksin CanSino telah ditempah dengan penghantaran berperingkat,” tulisnya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan bekalan vaksin CanSino jenis dos tunggal itu dihantar melalui penerbangan Malaysia Airlines MH361 yang tiba di KLIA pada 8.43 pagi tadi. – Malaysiapost

Komen