Najib mahu Noor Hisham buat u-turn

DATUK Seri Najib Razak menyeru kelonggaran membenarkan pengembara asing menjalani kuarantin di rumah yang memasuki negara, ditarik balik.

Bekas Perdana Menteri itu berharap ianya dapat ditarik balik bagi menyekat penularan varian bahaya seperti varian Lambda dan Delta Plus ke dalam negara.

“Harap KP (Ketua Pengarah) Kesihatan atau kerajaan baharu akan buat U-turn serta-merta dengan tindakan membenarkan pengembara warganegara dan warga asing yang mempunyai kediaman di Malaysia menjalani kuarantin wajib di rumah sejak dua minggu lepas.

“Langkah ini tidak memberi apa-apa manfaat pada rakyat biasa yang sudah lama tidak dibenarkan keluar negara dan hanya menambah risiko bagi kemasukan varian Lambda serta varian Delta Plus yang dikatakan kebal vaksin ke dalam negara pada ketika kes baharu Covid-19 kita masih cecah rekod tertinggi,” katanya di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah melonggarkan prosedur ketat kepada pengembara asing dengan membenarkan menjalani kuarantin 14 hari secera kendiri di rumah.

Hal ini menimbulkan kebimbangan orang ramai dan sering diperkatakan di media sosial kerana bimbang pisang berbuah dua kali seperti mana tercetusnya kluster Sivagangga di Kedah tahun lalu.

Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan berkata, pemgembara asing itu patut menjalani kuarantin di hotel kerana berkemampuan membayar kos penginapan.

“Golongan yang disasar dengan kelonggaran dasar tersebut mampu membayar kos kuarantin di pusat kuarantin atau hotel yang dipantau kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights