Netizen banjiri Facebook Ismail Sabri

FACEBOOK Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dibanjiri ucapan tahniah oleh netizen sejurus pelantikannya sebagai Perdana Menteri kesembilan oleh yang di-Pertuan Agong.

Netizen meninggalkajn komen mengucapkan tahniah atas pelantikan Ahli Parlimen Bera itu menerusi satu hantaran yang dimuatnaik beliau pagi tadi.

Hantaran itu tertulis: “Kepada Allah kita berserah”.

Setakat berita ini ditulis, lebih 14,000 komen ditinggalkan pada hantaran berkenaan.

Antara komen netizen ialah ‘Jumpa di Istana Negara esok’; ‘Kalau PM8 Abah, PM9 Pak Long’; selain doa agar beliau diberi kekuatan untuk membawa negara keluar dari wabak Covid-19. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights