PAS minta pemimpin politik, rakyat hormati keputusan Agong

PAS minta pemimpin politik, rakyat hormati keputusan Agong

PAS menyeru semua pemimpin dan rakyat untuk menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ia bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala usaha untuk menangani pandemik Covid-19, memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam negara.

“PAS menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung yang telah memperkenan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.

“PAS juga mengucapkan setinggi tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri atas pelantikan ini dan mendoakan agar sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayah-Nya bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat berat ini,” katanya menerusi kenyataan. – Malaysiapost

Komen