PAS: Pilih Kabinet dari individu amanah, jujur

MAJLIS Syura Ulama PAS berharap barisan Kabinet dipilih di kalangan individu amanah, jujur, berintegriti selain ilmu tinggi bagi menguruskan negara dengan baik.

Mursyidul Amnya Datuk Hashim Jasin berkata perpaduan antara sesama pimpinan parti politik dan rakyat Malaysia juga hendaklah sentiasa dipupuk ke arah membina negara Malaysia yang harmoni, sejahtera lagi berpadu.

Beliau berkata ia boleh berlaku menerusi pelaksanaan pelbagai polisi yang adil untuk semua tanpa mengira perbezaan kefahaman politik antara rakyat.

“Majlis Syura Ulama PAS menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

“Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Ismail Sabri di atas pelantikan tersebut dengan iringan doa agar beliau sentiasa dikurniakan taufik dan inayah Allah dalam melaksanakan amanah berasaskan manhaj dan panduan Rabbani.

“Sesungguhnya manhaj dan panduan Rabbani merupakan sebaik-baik manhaj kepimpinan yang boleh menjamin kesejahteraan dan kebaikan kepada semua umat manusia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights