PKPD di 9 lokaliti di Sabah

SEBANYAK 12 lokaliti menbabitkan dua negeri iaitu Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

Menurutnya, kawasan yang dilaksanakan PKPD adalah sembilan lokaliti di Sabah dan tiga lagi di Pahang.

“Di Sabah, empat lokaliti PKPD di Kota Belud, iaitu Kampung Kulambai, Kampung Kulambai Kupang dan Kampung Kulambai Dundau; Kampung Labuan; Kampung Ambong Tolus serta Kampung Tuguson.

“Dua di Lahad Datu iaitu Perumahan Ladang Cantawan, Silabukan dan Perumahan Lestari dan FELDA Sahabat 48, manakala dua lagi di Tawau iaitu Taman Millenium dan Taman Kinabutan Ria.

“Satu lagi membabitkan kawasan Tongod iaitu di Kampung Tangkuyan, Tongod,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, di Pahang pula membabitkan dua lokaliti di Mukim Sungai Karang, Kuantan iaitu Taman Balok Makmur dan Kampung Seberang Sungai Ular, manakala Temerloh di Flat Damai Taha.

“Pelaksanaan PKPD di semua lokaliti terbabit adalah bermula 22 Ogos hingga 4 September ini dan prosedur operasi standard (SOP) adalah seperti diumumkan sebelum ini,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights