Raja-Raja Melayu berangkat tiba di Istana Negara

Raja-Raja Melayu berangkat tiba di Istana Negara

Sharifudin Abdul Rahim

Yang di-Pertuan Agong hari ini mempengerusikan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, antara lain bagi memutuskan siapakah Perdana Menteri baharu yang bakal dilantik.

Ia bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu.

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah tiba di Istana Negara bagi mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu hari ini.
Kenderaan membawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah tiba di Istana Negara bagi mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu hari ini.
Kenderaan membawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tiba di Istana Negara bagi mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu hari ini.
Kenderaan membawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tiba di Istana Negara bagi mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu hari ini.
Kenderaan membawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tiba di Istana Negara bagi mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu hari ini.
Kenderaan membawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Al Marhum Tuanku Munawir tiba di Istana Negara bagi mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu hari ini.

Lebih 50 pengamal media dari pelbagai agensi berada di pekarangan pintu utama seawal jam 8.30 pagi bagi membuat liputan keberangkatan tiba dan perbincangan Raja-Raja Melayu itu biarpun dalam keadaan hujan.

Komen