Izzue Islam buat laporan polis, nafi terlibat dalam iklan judi

PELAKON terkenal, Izzue Islam menegaskan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengiklanan komersil judi seperti mana tular di media sosial sejak semalam.

Menurut Izzue, 31, dia hanya mengetahui mengenai penyalahgunaan gambarnya dalam iklan komersil judi selepas dimaklumkan oleh orang ramai.

“Aku tidak pernah terjebak dengan iklan kasino dalam talian! Tolong jangan buat orang keliru.

“Terima kasih pada semua yang mesej (Direct Message), kalau korang tak DM aku pun tidak tahu fasal hal ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Kandungan iklan yang tersebar di media sosial itu jelas menggunakan wajah Izzue atau nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan yang telah disunting berlatar belakangkan pusat peranginan terkemuka di Pahang.

Dalam perkembangan terkini, Izzue akan membuat laporan di Balai Polis Klang, Selangor jam 2.30 petang hari ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights