SEBANYAK 223 kes kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 kini menghampiri 14,000 iaitu 13,936 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui data dan infografik dikongsi di laman Facebooknya berkata, bagi jumlah kes sembuh baharu ialah 18,576 kes menjadikan kumulatif kes sembuh hingga kini adalah 1,260,470 kes.
Bagaimanapun, kes harian jangkitan Covid-19 hari ini menurun sedikit iaitu 22,262 kes berbanding 23,564 semalam, yang membabitkan 22,222 kes tempatan dan 40 kes import.
Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 260,880 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 1,535,286 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.
Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,035 kes dengan 513 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost – Malaysiapost