‘Perbaiki kegagalan perangi Covid-19’ – Guan Eng

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-9.

Beliau berkata, tugas utama Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang baharu adalah untuk menyatukan rakyat dan memperbaiki kegagalan dalam memerangi pandemik Covid-19.

“Tugas utama Ismail adalah untuk menyatukan semua rakyat Malaysia untuk memperbaiki kegagalan dan kesilapan dalam memerangi pandemik Covid-19 yang mencecah rekod tertinggi sebanyak 23,564 kes pada 20 Ogos.

“… dan telah menyebabkan sejumlah 13,713 kematian dan 1,513,025 jangkitan serta membantu rakyat Malaysia untuk menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan dengan mengeluarkan ekonomi negara daripada kemelesetan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, semalam.

Guan Eng berkata, Ahli Parlimen Bera itu seharusnya sedar bahawa beliau adalah Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Beliau perlu berkhidmat dan melindungi kepentingan setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Pelantikan Ahli Parlimen Bera bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang di lstana Negara, hari ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights