Remy Ishak kini bergelar suami kepada usahawan

PELAKON Remy Ishak selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya bergelar usahawan, Ezza Yusof sebentar tadi.

Majlis berlangsung sederhana di Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan kehadiran terhad kepada keluarga dan kenalan terdekat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya iaitu Rozman Yusof.

Semakan Malaysiapost di Instagram mendapati Ezza memuat naik gambar bersama suaminya sejurus selepas mereka selamat diijab kabulkan.

Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 39 menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan tersebut terlerai pada 2019.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali terjalin tahun lepas selepas pelakon itu membuat kejutan pada ulang tahunh kelahiran Ezza. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights