“Saya akan menjalankan tugas ini untuk Malaysia” – Ismail Sabri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sebaik mungkin untuk rakyat dan negara.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Katanya, beliau turut berterima kasih kepada semua Ahli Dewan Rakyat atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan, serta berazam menjalankan tugas itu untuk Malaysia.

“Patik menjunjung kasih atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, atas pelantikan patik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Terima kasih juga kepada kesemua Ahli Dewan Rakyat atas sokongan dan kepercayaan. Insya-Allah saya akan menjalankan tugas ini untuk Malaysia,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara kira-kira jam 2.30 petang tadi. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights