Umno sumbang bantuan kepada mangsa banjir di Yan

UMNO menyumbang barangan keperluan asas bernilai RM30,000 bagi misi bantuan banjir di Yan, Kedah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Razlan Rafii memaklumkan, majlis penyerahan dan pelepasan bantuan banjir di Yan, Kedah telah disempurnakan olehnya.

“Barangan berupa beras, maggi, pampers, susu, minyak masak, beras, pelitup muka, biskut dan lain-lain bernilai RM30,000,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, seramai 30 sukarelawan Sabil akan menguruskan pengagihan serta melakukan kerja sukarelawan pembersihan di kawasan berkenaan.

“Justeru, saya mengharapkan bantuan ini akan meringankan beban penduduk yang terbabit.

“Umno dari dulu tidak pernah meninggalkan rakyat, insya-Allah kita akan terus membantu mereka yang terlibat dengan musibah ini” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights