19,807 kes Covid-19 hari ini

19,807 kes Covid-19 hari ini

JUMLAH kes baharu Covid-19 hari ini menurun sedikit kepada 19,807 kes berbanding 22,262 kes semalam.

Angka itu menjadikan kes keseluruhan direkodkan di Malaysia adalah 1,555,093, sejak wabak berkenaan melanda negara.

Berdasarkan data dan infografik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di laman Facebooknya, Selangor masih mencatatkan jangkitan tertinggi 5,379 kes (557,510 kes kumulatif).

Enam negeri mencatatkan jangkitan lebih 1,000 kes iaitu Sabah 2,638 (121,956 kes kumulatif), Kedah 1,948 kes (81,836 kes kumulatif), Sarawak 1,772 kes (98,300 kes kumulatif), Pulau Pinang 1,501 kes (70,842 kes kumulatif), Johor 1,391 kes (129,939 kes kumulatif) dan Kelantan 1,196 kes (65,749 kes kumulatif)

Kuala Lumpur merekodkan 999 kes (164,521 kes kumulatif ), diikuti Perak 703 kes (57,783 kes kumulatif), Pahang 598 kes (38,280 kes kumulatif), Melaka Pinang 558 kes (44,636 kes kumulatif), Terengganu 534 kes (28,160 kes kumulatif) dan Negeri Sembilan 508 kes (88,356 kes kumulatif).

Di Perlis sebanyak 54 kes baharu dicatatkan (1,347 kes kumulatif), manakala Putrajaya 24 kes (5,105 kes kumulatif), dan Labuan empat kes (9,773 kes kumulatif). – Malaysiapost

Komen