Elisya Sandha jadi menantu Sheila Rusly

Elisya Sandha jadi menantu Sheila Rusly

PELAKON Elisya Sandha mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat bernikah dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, petang semalam.

Elisya, 22, atau nama sebenarnya Nur Elisya Hassan berkata, dia bersyukur dengan perkara itu kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.

“Allah sebaik-baik perancang. Syukur Alhamdulillah,” katanya ringkas.

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu turut disaksikan saudara mara dan rakan terdekat menerusi secara dalam talian.

Adik kepada aktres Fasha Sandha itu menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 dan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Menurut pelakon ‘Mister Mona’ itu, majlis pernikahan mereka dirancang 22 Febuari tahun depan, namun terpaksa dipercepatkan berikutan kes Covid-19 semakin meningkat.

Dalam majlis tersebut, Elisya mengenakan persalinan daripada The Firdaus dan ditatarias oleh jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa.

Pasangan itu bertunang pada 31 Januari lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung secara sederhana. – Malaysiapost

Komen