Lelaki maut tercampak keluar dari kereta

SEORANG Lelaki maut manakala rakannya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan sebelum terbakar di Kilometer P5.1 Lebuhraya Elite, Putrajaya Link, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya Julaina Hashim berkata, siasatan awal mendapati dalam kejadian jam10 pagi itu, kereta jenis Honda City yang dipandu Ong Ka Hou, 26, terbabas ke bahu kanan lebuh raya sebelum terbakar 100 peratus.

“Mangsa berasal dari Ulu Yam Baru, Selangor itu tercampak keluar dan maut di tempat kejadian.

“Seorang lagi mangsa yang terperangkap dalam kenderaan yang terbakar berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, bomba tiba di tempat kejadian pada 10.18 pagi dan menamatkan operasi mengawal kebakaran pada 11.15 pagi.

“Mangsa yang selamat dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan tiada pengenalan diri ditemui disebabkan tertinggal dan terbakar dalam kenderaan.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindak selanjutnya,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights