Asyraf Wajdi cadang Tok Mat Hasan Menteri Kewangan

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan memerlukan pemimpin yang dekat di hati rakyat dalam memahami situasi meraka yang sedang bergelut meneruskan kelangsungan hidup sepanjang pandemik Covid-19.

Katanya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu adalah individu sesuai dan bertepatan untuk menggalas tanggungjawab mengetuai Kemtenterian Kewangan.

“Saya mencadangkan agar dipertimbangkan cadangan untuk Perdana Menteri melantik Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu nanti.

“Bagi merealisasikan tuntutan rakyat berkaitan Moratorium, i-Citra, tambahan nilai pakej-pakej bantuan rakyat yang ketika ini amat susah, gelisah dan tertekan, memerlukan Menteri Kewangan dipilih dari kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.

“Setuju dengan pandangan ini?,” ujar Asyraf Wajdi menerusi Facebooknya sambil meninggalkan soalan kepada netizen untuk membincang pandangannya itu.

Terdahulu, media melaporkan Ismail Sabri dijangka mengumunkan barisan Kabinet menterinya esok. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights