Ibu Syamel meninggal dunia

IBU penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, menghembuskan nafas terakhir jam 10.09 malam tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Berita sedih itu dikongsi Syamel menerusi akaun Instagram miliknya.

“Umi saya Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap penciptaNya pada pukul 10 malam tadi.

“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini. Hanya doa yang baik-baik saya harapkan daripada anda semua. Terima kasih,” tulisnya.

Sebelum ini, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, memaklumkan keadaan ibunya itu bukan akibat jangkitan Covid-19.

Ibunya juga tidak pernah mengalami masalah kesihatan kronik dan Allahyarham telah menerima rawatan di hospital hampir dua bulan serta terpaksa ditidurkan.

Perkongsian itu mendapat perhatian pengikut termasuk rakan selebriti yang mendoakan Syamel dan keluarga tabah menghadapi ujian kehilangan itu. – Malaysiapost

Foto Kredit: Harian Metro

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights