Jadikan penggunaan ‘face shield’ sebahagian strategi keselamatan, kurangkan jangkitan Covid-19

PENGGUNAAN pelindung muka atau face shield yang praktikal bersama pelitup muka boleh mengurangkan penyebaran virus dan menghalang berlaku jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata cadangan penggunaan pelindung muka perlu diaplikasikan serta dijual dengan harga yang berpatutan.

“Kita perlu mengaplikasikan penggunaan pelindung muka yang praktikal, yang dihasilkan dan diedarkan dengan cepat serta mampu milik.

“Ia harus menjadi sebahagian daripada strategi keselamatan untuk mengurangkan penyebaran jangkitan secara aman dan signifikan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Sebelum ini, penggunaan pelitup muka jenis ‘medical’ bersama pelitup muka fabrik disarankan bagi mencegah jangkitan varian Delta yang semakin mengganas.

Dalam pada itu, individu yang hanya memakai pelindung muka tanpa mengenakan bersama pelitup muka di kawasan sesak boleh dikenakan kompaun. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights