Jangkitan baharu turun, 17,672 kes hari ini

Jangkitan baharu turun, 17,672 kes hari ini

KES baharu harian Covid-19 menunjukkan penurunan lagi hari ini iaitu 17,672 kes menjadikan keseluruhan 1,572,765 kes dilaporkan setakat ini sejak wabak berkenaan melanda negara.

Berdasarkan data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di Facebook, Selangor mencatatkan 4,316 kes (561,826 kes kumulatif), diikuti Sabah 2,474 kes (124,430 kes kumulatif) dan Kedah 1,602 kes (83,438 kes kumulatif).

Pulau Pinang merekodkan 1,451 kes (72,293 kes kumulatif), manakala Sarawak 1,538 kes (99,838 kes kumulatif), Johor 1,367 kes (122,306 kes kumulatif) dan Kelantan 1,176 kes (66,925 kes kumulatif).

Perak mencatatkan 952 kes (58,735 kes kumulatif), diikuti Kuala Lumpur 891 kes (165,412 kes kumulatif), Pahang 506 kes (38,786 kes kumulatif), Negeri Sembilan 478 kes (88,834 kes kumulatif), Terengganu 470 kes (28,630 kes kumulatif) dan Melaka 363 kes (44,999 kes kumulatif).

Perlis pula merekodkan 57 kes (1,404 kes kumulatif), manakala Putaraja 24 kes baharu dilaporkan (5,129 kes kumulatif), dan akhir sekali Labuan mencatatkan tujuh kes baharu (9,780 kes kumulatif). – Malaysiapost

Komen