‘Keluarga Malaysia’ pupuk perpaduan hadapi wabak, krisis eknomi

PAS menyifatkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diketengahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai pendekatan yang menyatukan semua pihak dalam menghadapi wabak dan krisis ekonomi negara.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu juga menyambut baik tawaran kerajaan kepada kepimpinan pembangkang bagi menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

“PAS menyambut baik ucapan dan gesaan yang diberikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang Ucapan Perdana Menteri Ke-9.

“PAS menyambut baik pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ sebagaimana disebutkan Perdana Menteri. Ia pendekatan yang bertujuan menyatukan semua pihak dalam menghadapi wabak dan krisis ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, PAS menyeru semua pihak untuk bersama-sama bekerja sebagai satu pasukan demi negara tercinta.

“Harapan dan kesungguhan Perdana Menteri agar seluruh kepimpinan politik dapat menumpukan perhatian bagi mewujudkan ketenangan dan keharmonian agar kerajaan memberi fokus utama kepada menangani pandemik Covid-19 dan ekonomi rakyat serta negara.

“Pada ketika ini kita berada di bulan kemerdekaan negara. Kemerdekaan daripada menentang penjajahan seterusnya membangunkan negara. Marilah bersama-sama bekerja sebagai satu pasukan demi negara tercinta,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights