Kematian menurun, Jabatan Forensik di Lembah Klang mula ‘tenang’

SUASANA di Jabatan Forensik hospital sekitar Lembah Klang mula reda susulan kes kematian harian Covid-19 mula menurun.

Berdasarkan hantaran Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), senario ketika ini memberi peluang kepada petugas pengurusan mayat korban Covid-19 di Lembah Klang menghela nafas kelegaan buat seketika.

Hantaran itu turut memaparkan gambar petugas barisan hadapan dengan kepsyen, “Kami masih di sini.”

Suasana jabatan forensik tenang, kredit Jawi

“Alhamdulillah, suasana di Jabatan Forensik di hospital-hospital utama di Kuala Lumpur semakin bertambah baik dengan berkurangnya jumlah jenazah Covid-19. Walaupun begitu, bukan bermakna kita sudah boleh kembali seperti sediakala,” tulis JAWI.

JAWI juga memaklumkan, petugas khas pengurusan jenazah Covid-19 tetap bersedia menghadapi sebarang kemungkinan meskipun keadaan sedikit ‘tenang’ ketika ini.

Suasana jabatan forensik tenang, kredit Jawi

“Begitu juga dengan kami barisan Petugas Khas Pengurus Jenazah Covid-19, suasana yang tidak kelam kabut ini sedikit melegakan hati kami, tapi masih sentiasa dalam siap sedia dengan sebarang keadaan yang bakal berlaku.

“Apa pun terjadi, terima kasih semua kerana anda membantu petugas barisan hadapan dalam mendepani tugas-tugas mencabar ini. Doa anda kami pohon agar kami terus kuat,” katanya.

Sementara itu hari ini sebanyak 174 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan Malaysia.

Berdasarkan perkongsian data oleh Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah angka korban di Selangor merekodkan tujuh kes kematian manakala di Kuala Lumpur sembilan kes. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights