Liridon rasmi dipinjamkan ke Odisha FC

PEMAIN neutralisasi negara Liridon Krasniqi meneruskan kerjaya bolasepak profesionalnya dengan menyertai kelab bolasepak India, Odisha FC.

Berita penghijrahan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu disahkan oleh Odisha menerusi Twitter rasmi hari ini.

“Dengan ini kelab mengumumkan berjaya menandatangani Liridon Krasniqi pemain tengah kebangsaan Malaysia dari kelab JDT secara pinjaman dan akan bermain musim ini di Liga Super India,” ciap Odisha.

Liridon, 29, sebelum ini berkelana di Australia apabila menyertai Neecastle Jets secara pinjaman musim lalu.

Bagaimanapun, dia gagal menonjolkan potensi dan bakatnya apabila hanya diturunkan sebanyak 9 kali oleh Newcastle Jets.

Penyertaan bekas bintang Kedah Darul Aman FC ini bakal memberikan persediaan yang secukupnya buat Liridon untuk terus mendapatkan minit permainan seterusnya mempamerkan kebolehan sebenar ketika bersama Harimau Malaya nanti. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights