Pesakit kronik wabak semakin kurang, Pahang bakal melangkah ke fasa tiga

PAHANG dijangka beralih ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam masa terdekat susulan perkembangan positif termasuk jumlah pesakit kronik Covid-19 semakin menurun di negeri itu.

Menteri Besarnya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kadar jangkitan dalam komuniti dan bilangan pesakit menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semakin rendah, lapor Sinar Harian.

Menurutnya selain itu Pahang juga telah mencapai 40 peratus daripada penduduknya sudah menerima dua dos vaksin sekali gus memenuhi antara tiga kriteria bagi sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya.

“Kita juga dalam proses membuka operasi pasar malam dan pasar pagi di seluruh negeri,” katanya sambil menyatakan keputusan mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

Wan Rosdy menambah sasaran kadar imuniti kelompok di Pahang dijangka mampu dicapai menjelang penghujung Oktober ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights