‘Tak perlu hidupkan kembali nama Kerajaan PN’ – Shahrir Samad

‘Tak perlu hidupkan kembali nama Kerajaan PN’ – Shahrir Samad

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan tiada keperluan untuk menghidupkan kembali nama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana kerajaan itu sudah tumbang.

Justeru, beliau berkata, adalah lebih wajar kerajaan hari ini dianggap sebagai Kerajaan Malaysia.

“Apa perlu disambungkan sebagai PN juga? Anggap je lah sebagai Kerajaan Malaysia. Tak perlu hendak dihidupkan kembali nama sebuah kerajaan yang telah jatuh bersama Perdana Menterinya.

“Jatuhpun kerajaan PN kerana peruntukan Perlembagaan, iaitu berperlembagaan atau secara ‘constitional’,” katanya menerusi Facebook.

Shahrir berkata, kerajaan kedua pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tertubuh pada 10 Mac 2020 dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Shahrir berkata, sedangkan PN tertubuh lima bulan kemudian iaitu pada 7 Ogos 2020 sebagai gabungan lima parti politik.

Beliau berkata, kepimpinan Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah dengan pendekatan yang berbeza, malah lebih baik dari kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

“Kalau kerajaan PN betul-betul sempurna, ianya takan jatuh. Parlimen dimandulkan, insitusi Raja Berperlembagaan digugat.

“Malah, wabak Covid-19 bertambah serius dan ekonomi rakyat dan negara meleset teruk. Kesemuanya dibawah PN.

“Sekarang ni, sebuah Kerajaan Malaysia yang baru dengan cara dan kaedah baru,” katanya. – Malaysiapost

Komen