Anak Musa Aman meninggal dunia

ANAK bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, Mohammed Hayysam dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pagi tadi.

Kenyataan ringkas dipercayai dikeluarkan pejabat Musa, memaklumkan berita duka berkenaan.

“Dengan perasaan yang sangat sedih, kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam Musa pada 24 Ogos 2021.

“Hayssam meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan. Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini.

“Semoga Allah merahmati roh dan menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman,” menurut kenyataan itu.

Pemergian Mohammed Hayssam yang juga adik kepada Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez tersebar di media sosial hari ini.

Ia berdasarkan ucapan takziah beberapa pihak termasuk Datuk Seri Najib Razak sebelum disahkan melalui kenyataan media daripada pejabat Musa. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights