HANYA satu beg darah diperoleh! Kekecewaan itu dizahirkan pengendali Facebook, Derma Darah Penang yang berharap orang ramai sudi membantu menderma darah di Pulau Pinang.
“Kini hanya satu beg darah sahaja berjaya diperolehi di Kempen Derma Darah di Dewan Sri Pinang.
“Tiada apa yang dapat diperkatakan hanya mohon jasa baik tuan/ puan hadir untuk menderma darah,” tulis pengendali laman Facebook tersebut hari ini.
Hantaran itu menarik perhatian Kementerian Kesihatan (KKM) yang berkongsi pautan tersebut di Facebook rasminya.
Menerusi perkongsian itu, KKM meminta warga Pulau Pinang untuk menderma darah sekali gus dapat membantu pesakit yang amat memerlukannya ketika ini.
“Berdasarkan posting terbaharu yang dibuat oleh Facebook Derma Darah Penang, hanya SATU beg darah sahaja berjaya diperolehi dalam Kempen Derma Darah di Dewan Sri Pinang.
“Oleh itu, KKM menyeru warga Pulau Pinang yang layak menderma darah untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada pesakit yang memerlukan,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost