KES membabitkan pereka grafik Fahmi Reza yang menggunakan gambar Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan kapsyen ‘This is dengki
ke?’ pada April lalu, tidak diambil tindakan lanjut.
Fahmi memaklumkan kes berkenaan tidak akan didakwa di mahkamah.
“Berita baik! Ingat lagi aku kena tahan bawah Akta Hasutan dan kena lokap sebab karya satira #DengkiKe dengan gambar Permaisuri Agong?
“Hari ni pihak polis beritahu aku kertas siasatan dah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dan kes aku diklasifikasi sebagai NFA! Tiada Tindakan Lanjut! Victory!” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.
Pada 22 April lalu, Fahmi ditahan di kediamannya untuk disiasat di bawah Akta Hasutan dan beliau direman sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Fahmi menghasilkan beberapa ‘playlist’ di Spotify bertajuk ‘This is dengki ke?’ yang memaparkan gambar Raja Permaisuri Agong dan perbuatan itu dianggap menyinggung Raja Permaisuri Agong. – Malaysiapost