12 lokaliti di Sabah, Pahang dan Johor kena PKPD

12 lokaliti di Sabah, Pahang dan Johor kena PKPD

SEBANYAK 12 lokaliti membabitkan Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 27 Ogos hingga 9 September 2021.

Satu lokaliti di Johor iaitu Kampung Orang Asli Kuala Masai, Johor Bahru dilaksanakan PKPD bermula esok hingga 8 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah seperti adalah seperti berikut:

  • 10 lokaliti membabitkan Sabah iaitu tiga di Telupid, masing-masing dua di Penampang dan Ranau serta satu di Tawau, Kudat dan Papar.
  • Tiga lokaliti di Telupid iaitu Kampung Gading; Kampung Ulu Sapi dan Ladang Melia; Dua lokaliti di Penampang, membabitkan Beverly Hills Fasa 5 dan Kampung Nambazan.
  • Dua lokaliti di Ranau membabitkan Kampung Lohan Ulu; Kampung Libang dan satu lokaliti di Rancangan Batu 22 Apas, Tawau, Kampung Landung Ayang, Kudat dan Kampung Pengalat Kecil, Papar.
  • Sementara satu lokaliti di Pahang iaitu Ladang Cheekah, Bera. – Malaysiapost

Komen