265 kes kematian dicatatkan hari ini

JUMLAH kematian akibat Covid-19 masih mencecah tiga angka dengan merekodkan 265 kes kematian baharu.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini menghampiri 15,000 kes iaitu 14,818 .

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui data dan infografik dikongsi di Facebooknya, berkata sebanyak 20,798 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini adalah 1,337,134 kes.

Kes harian jangkitan Covid-19 hari ini kembali melepasi 20,000 iaitu 22,642, yang membabitkan 22,637 kes tempatan dan lima kes import.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 264,292 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 1,616,244 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.

Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,003 kes dengan 490 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights