Azizulhasni hulur sumbangan kepada frontliners

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang kini berada di kampungnya di Dungun, tidak duduk diam apabila mengambil inisiatif menghantar makanan kepada petugas barisan hadapan, semalam.

Pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo itu mengambil inisiatif tersebut bersama adik, anak saudara dan sepupunya sebagai penghargaan kepada mereka yang bertugas menjaga keselamatan kawasan kampung halamannya.

“Kami meluangkan sedikit masa dengan menghantar makanan kepada frontliners yang bertugas menjaga kawasan kampung kami di daerah Dungun ini.

“Mereka ini individu-individu hebat yang bekerja keras siang malam menjaga dan melindungi kampung kami.

“Jadi apalah sangat dengan berkongsikan sedikit rezeki kepada mereka semua. Saya harap sedikit sebanyak ia memberikan senyuman kecil di wajah mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Azizulhasi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua wira-wira petugas barisan hadapan negara.

“Jasa anda amat saya hargai,” kata anak jati Dungun itu. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights