KES harian Covid-19 kekal melepasi angka 20,000 hari ini apabila 22,642 kes baharu dilaporkan, sekali gus menjadikan keseluruhan 1,616,244 kes di Malaysia sejak virus berkenaan melanda negara.
Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, Selangor mencatatkan 6,325 kes, diikuti Sabah (3,224) dan Kedah (2,279).
Johor merekodkan 1,832 kes, manakala Sarawak (1,667), Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424), Perak (1,390) dan Kuala Lumpur (1,128).
Pahang mencatatkan 522 kes, Negeri Sembilan (269), Terengganu (744) dan Melaka (342).
Perlis pula merekodkan 44 kes, manakala Putaraja 21 kes baharu dilaporkan, dan Labuan mencatatkan empat kes baharu. – Malaysiapost