SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan menyekat akses kepada artikel-artikel terbitan portal luar negara seperti Nikkei Asia, Yahoo News!, Al-Jazeera, The Guardian dan Washington Post.
Jabatan Komunikasi Korporat SKMM dalam kenyataan berkata, hasil penelitian mendapati pautan (URL) yang dimaksudkan sama ada secara sengaja atau kebetulan telah diubah suai atau dipendekkkan.
Katanya, tindakan itu sekali gus menyebabkan sebarang klik ke atas pautan tersebut akan membawa ke halaman yang menunjukkan seolah-oleh artikel-artikel yang dimaksudkan tidak lagi wujud.
“Penelitian tersebut turut mendapati bahawa artikel-artikel berkenaan masih wujud, boleh diakses dan tidak dipadamkan atau diturunkan oleh porta-portal berita berkenaan, sebagaimana yang didakwa.
“Ini jelas menunjukkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat untuk mengelirukan pengguna Internet di Malaysia,” katanya.
Kenyataan itu berkata, sehubungan itu orang ramai digesi sentiasa menilai intipati sebarang mesej yang diterima dan berhenti berkongsi berita yang belum ditentukan kesahihannya. – Malaysiapost