JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 sehingga semalam ialah 30,840,093 dos dengan 18,121,392 menerima dos pertama dan 12,718,701 dos kedua.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi akaun Twitter @JKJAVMY, berkata sebanyak 469,690 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 159,792 dos pertama dan 309,898 dos kedua.
Sementara itu, berdasarkan data dan infografik yang dikongsi, secara keseluruhan sebanyak 55.5 peratus daripada populasi penduduk Malaysia sudah divaksinasi setakat ini dengan dos pertama, manakala 38.9 peratus lengkap dua dos.
Jumlah penduduk dewasa yang sudah divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos pula adalah 77.4 peratus dan 54.3 peratus lengkap dua dos vaksinasi Covid-19.
Lembah Klang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan pemberian vaksinasi tertinggi iaitu 6,641,887 dos pertama dan 5,014,230 dos kedua. – Malaysiapost