Ambang merdeka norma baharu tetap meriah

Ambang merdeka norma baharu tetap meriah

Sharifudin Abdul Rahim

SEJAK dari awal 2021, rakyat Malaysia tidak ‘merdeka’, disekat dengan beberapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Begitupun, tibanya bulan kemerdekaan, semangat untuk menyambutnya tetap membara.

Kalau dulu merdeka daripada penjajah, kini pasti doa dipanjatkan rakyat Malaysia mengharapkan negara ‘merdeka’ daripada Covid-19.

Tinjauan Malaysiapost di sekitar ibu kota mendapati, kemeriahan bulan kemerdekaan dirasai dengan kibaran jalur gemilang di premis perniagaan, pusat beli belah, bangunan kerajaan dan jalan raya.

Semoga tahun hadapan suasana berbeza dapat dirasai menjelang tarikh keramat 31 Ogos.

Selamat Hari Merdeka ke-64 Malaysiaku!

Komen