‘Kabinet lengkap lancarkan tugas demi rakyat, negara’ – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penubuhan Kabinet yang lengkap akan melancarkan tugas yang dituntut demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Menerusi hantaran Facebooknya, Ismail Sabri berkata, beliau mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang, hari ini.

“Saya diterima menghadap oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

“Saya telah mempersembahkan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu kepada Yang di-Pertuan Agong bagi penubuhan kerajaan yang lengkap dalam melancarkan tugas-tugas yang dituntut demi kesejahteraan rakyat dan kecemerlangan negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga berharap usaha berkenaan mendapat keberkatan Allah SWT.

Terdahulu, media melaporkan, Perdana Menteri akan mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada jam 11 pagi esok.

Perkara ini disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.

Ia selepas Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang bagi mempersembahkan senarai nama anggota Kabinet baharu.

Sementara, majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pula berlangsung Isnin ini jam 2.30 petang. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights