MALAYSIA sekali lagi merekodkan kes harian dan kematian tertinggi akibat Covid-19 apabila 24,591 lagi kes baharu dengan 393 kematian dilaporkan hari ini.
Berdasarkan data yang dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM), setakat hari ini angka korban Covid-19 di Malaysia telah mencecah 15,211 kes.
Sementara itu, 100 daripada 393 kes kematian disahkan meninggal dunia di luar hospital atau ‘brought in dead’ (BID) yang separuh daripadanya melibatkan bukan warganegara.
Seramai 990 pesakit sedang mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 487 pesakit terpaksa ditidurkan bagi menjalanai rawatan ‘intubated’.
Bagaimanapun kes sembuh meningkat berbanding semalam apabila 22,657 pesakit disahkan sembuh daripada pandemik ini.
Setakat hari ini, Malaysia telah merekodkan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 1,640,483 kes manakala jumlah yang sembuh ialah 1,359,791.
KKM juga melaporkan kes Covid-19 yang aktif ketika ini ialah sebanyak 265,481 kes. – Malaysiapost